Jan 12, 2013

relevan sebuah kematangan

hari ini, mungkin dalam wikipedia akan diangkat lagi satu 'sejarah'...sepertimana kisah-kisah jengkel sampai tiga sekuel sebelum ini. sebuah 'sejarah' yang kononnya akan didabik di dada sebagai bukti betapa 'seluruh' rakyat merajakan tindakan dan idelogi mereka.

serius. jelek kuasa infiniti.
ini satu hipokrasi yang menjengkelkan dan tiada tujuan selain untuk memporak peranda kan keamanan yang sedia ada.

renung dan bukalah mata dan hati sejenak.
relevan kah pertunjukan jalanan murahan di negara ini? sampaikan yang tua bangka pun sanggup berjuang (kononnya) mengetuai rombongan cik kiah dari setiap sudut yang diwartakan oleh penganjur (oh...yang pernah mengangkat hero komunis dengan bangganya).

jelek kuasa infiniti.
melihat tuk-tuk janggut berkopiah putih, berjubah hijau yang kononnya menjadikan arab spring sebagai inspirasi kepada apa yang dinamakan kebangkitan. sedangkan mereka sendiri tak tahu apa kisah yang terjadi di hujung sana..dan apa sebenarnya yang masih berterusan di sana. atas nama (sahaja) Islam, langsung segalanya dihalalkan...mereka juga yang menyanjung pak-pak arab ..sedang dunia memperlekeh putera arab dengan kisah gay nya.

jelek kuasa infiniti.
menilai jatidiri ultra kiasu dan anak didik mereka (yang bergelar Islam) menyanjung kebangkitan (kononnya) yang difikir mewakili 'seluruh' rakyat. ah..mereka ini bermimpi. dan kurang ajar. menyamakan perlunya kuasa rakyat sepertimana yang tertimpa oleh Bangkok waktu dulu. lihat dulu diri sendiri sudah cukup mengerti rukun negara dan bahasa kebangsaan...sebelum mempersoalkan hak di bumi yang bukan asal nenek moyang sendiri.

jelek kuasa infiniti.
setiapkali undang-undang dan keadilan tidak menyebelahi mereka, terus diperlekeh..sedang yang memutar belit nya juga juak-juak mereka sendiri.

sebuah kematangan, bertindak atas rasional dan relevan sesebuah perkara.
menidakkan keadilan, menyanjung pencacai asing, melangkau batasan yang dipersetujui, memperlekehkan nasionalisme nyata yang terpahat dalam sejarah...nyata bukan sesuatu yang matang..tapi lebih kepada pengkhianatan.


didabik jiwa kononnya kematangan itu sudah dewasa...namun hasilnya tak lebih dari ideologi bergaduh antara estet. hilang terus relevan bertindak atas kematangan (kononnya).


ah...nota-nota menyatakan malaysia sebuah negara aman kerana tidak ada rusuhan dan pertunjukan jalanan murahan... yang aku ingat sewaktu dulu...sudah hilang dirogol oleh nafsu-nafsu sang penggila kuasa.

kalau ironinya...saksi sudah cukup empat...(malah lebih)...apakah dapat dihukum mereka ini sebelum mengejar suaka di tanah-tanah asing yang sekangkang kera di bumi malaysia ini?

..