escapade...journey to the east (java)! cont. ...

-Surabaya-

kota kedua terbesar di indonesia dan utama di jawa timur ini, digelar kota pahlawan. terkenal dengan mitos pertarungan jerung dan buaya, kota ini menjadi rumah utama kepada angkatan tentera indonesia sendiri.

jujur, ini adalah sedikit sebanyak nota menarik yang aku titip dari pembacaan dan kajian ringkas ku sebelum berangkat untuk ekspidisi ini.

cuaca kota pahlawan baik-baik sahaja sewaktu kami mendarat. panas lewat pagi, berbaur dengan angin musim lembabnya. merenung petak-petak sawahnya yang melakarkan lanskap di pinggir kota ini, mengingatkan aku pada tanah air sendiri.

kami bergerak agak santai, membiar waktu menunggu, sewaktu menguruskan kemasukan dan bagasi. detik hati 'ini ekspidisi merehatkan minda, tak perlu kongkong diri dengan waktu seperti hari-hari bekerja! '

oh... waktu di imigresen, aku disapa mesra sama petugas yang langsung bertanya tentang rancanganku di jawa timur ini.

' ke bromo pak, terus ke banyuwangi dan pulang dari bali '

' waduh.. kok waktu gini mahu ke bromo mas? masih meletus tu. ' ujar petugas itu bersama temannya.

' cuba nasib aja pak, kalau ngak bisa kami libur dimana yang bisa'

tersengih aku menjawab dan membalas keramahan mereka.

' hati-hati ya! ' ujarnya.

maaf. leka dan santai kami rupanya mengundang resah yanto yang sudah sewaktu menunggu kami di luar. aku memeluk erat sewaktu kami bersua. seikhlas kami bersahabat. lagipun, hampir dua tahun, kami tidak bertemu.

memandangkan perjalanan kali ini agak jauh dan yanto baru sahaja sembuh dari sakit, kami di sertai oleh abang kepada yanto. bang ali, itu dibahasakan dirinya. juga menetap di bali dan menjadi pemandu pelancong secara sambilan.

'bromo masih dalam berjaga-jaga. setakat ini belum ada hotel yang aku telefon mahu menerima tempahan tamu. laluan utama juga masih tutup dan kita akan ikut dari jalan lain' ujar yanto. aku mengangguk faham. berminggu-minggu membaca 'lonely planet' dan wikipedia, membuat aku sedikit arif bila yanto berbicara tentang laluan kami ke bromo.
tbc...

Popular Posts