Apr 23, 2011

tanpa the FB

ini mungkin tempoh paling lama aku 'berpuasa' dari fb. mungkin sudah hampir sebulan. access dari iphone pun sudah aku padamkan.

objektif, bukan sekadar menguji diri menentang ketagihan ini (sejak ada iphone, makin menjadi2), tapi lebih kerana mahu fokus dalam melolosi waktu-waktu yang sempit yg menghimpit aku sejak 2-3 bulan ini, lantaran komitmen kerja.

seperti yang aku katakan pada pjah, pagi tadi.

' time2 bz nih..senang sangat emo. nanti aku merapu kat wall fb '

hehe.

tapi hakikatnya, ini bukan alasan yang terbaik.
aku suka mengungkap, waktu semakin sempit dan tak mungkin kita bisa mengisi segala-galanya dalam satu detik. dan 'social networking' menjadi wadah utama utk berkongsi, lebih2 lagi buat komuniti yg sekian lama terikat dgn platform ini.

sekilas melayari papan utama fb, memberi perkhabaran tentang kenalan, sahabat dan juga family, secara pasif. sekurang-kurangnya, yang perlu disapa, akan disapa.

sudah ramai yg bertanya akan fb aku. maaf.
banyak yang aku terlepas.

Insya-Allah, sampai waktu aku kembali. :)