Feb 9, 2011

monolog diri


imam  al-ghazali pernah berkata ' ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada bicara, tapi pada ingatan seseorang hamba itu terhadap saudaranya di dalam doanya'

aku bersyukur. walaupun bukan beribu2 kawan ku, Alhamdulillah, Allah sentiasa menemukan aku dgn yang terpilih dan terbilang.

sahabat yg semudah2 bicara, mengingati hari2 penting aku.
sahabat yg sanggup menghenti langkah, walau sekadar untuk menyapa khabar.

dari hidup
aku belajar tentang bersahabat
aku belajar tentang kehilangan sahabat

aku belajar dan mencuba, untuk secangkir waktu, waktu mereka memerlukan.
aku belajar dan mencuba, untuk melepaskan mereka pergi, biarpun waktu aku memerlukan mereka.