tentang batavia & paris van java

prolog.

kunjungan singkat kami ke dua kota utama indonesia ini pada awal disember lalu, berlaku setelah rancangan ke kota budaya tanah jawa, yogyakarta terpaksa dibatalkan beberapa jam sebelum kami berangkat, berikutan letusan merapi semakin teruk pada saat itu.


degil. mungkin itu yg dikatakan pada kami.

saat dunia gusar tentang cerita alam itu, kami masih bersungguh-sunguh mahu meneruskan perjalanan ke sana.

lantaran pembatalan itu, kami lantas merancang gantiannya (hati nekad, perlu ada libur ke luar negara bersama teman tahun ini!) dan hanya jakarta/batavia yang dikira berada dalam lingkungan bajet kami.

kali ini cuma berempat. seorang teman, mengundur diri kerana mahu pulang bercuti panjang ke kampung halaman pada hujung tahun ini.

kami dihambat waktu! itu yg termaktub dlm hatiku, bila merenung saat-saat kami berlibur di sana.


gara-gara macet yang bukan main-main.

gara-gara kerenah teman-teman diva.
gara-gara jadual perjalanan yg dicantas-cantas.

hmm...biar dibungkam rasa sebegini, nota ini akan ditulis seadilnya.

tentang jakarta. tentang bandung.

Popular Posts