melangkau ufuk ... lemas dalam abstrak


melangkau ufuk
tema terbaru karya-karya yang dipersembahkan di galeri petronas.
aku baru berkesempatan menjengah galeri semalam.

tema itu merujuk pada karya2 pelukis tempatan yang menjadikan lanskap yang berlatarkan tanah air kita sebagai subjek. berlegar antara horizon hutan belantara, sawah padi (subjek paling popular), kampung2, gunung-ganang.

tiada yang benar-benar menarik perhatian aku kali ini. malah ada satu dua karya, pada aku terlalu mentah dalam menterjemahkan tema itu. lemas aku memahami!


di suatu sudut khas, terpapar lapan karya seorang pelukis. aku lupa namanya, tapi yang pasti berketurunan cina, menjadikan dunia siber sebagai subjek. ikon msn messanger dijadikan watak utama dalam setiap karya.sampai waktu, sekali lagi aku rasa lemas dalam abstrak.


benar. aku mungkin tak tahu menilai seni catan. malah aku saat aku lemas dalam abstrak2 itu, langsung terfikir, agak janggal gaya pelukis/artisan seni catan berkomunikasi dan menterjemahkan subjek! LOL

p/s: admission to gallery is free. i think it's a great place for ordinary and normal people like me to take a peek on this branch of art. hehe...btw. some times gallery do exhibit photography works! and it was awesome! 

Popular Posts