UnguViolet

3 dari 5 bintang. rating yg aku berikan untuk filem ini.

secara teknikal, sebuah filem yg cantik and berjiwa. mungkin kerana aku melihat filem ini dari perspektif seorg peminat photography. tertarik pada gerak kerja camera filem ini secara keseluruhan.
baca review dalam paper hari ini. 'sebuah karya yg sedang-sedang aja'. mungkin kerana aura dian selaku peneraju filem ini menyebabkan karya dari indon ini kelihatan seolah sebuah naskah yg hebat.
ada benarnya. jalan cerita memang predictable kecuali di penghujung cerita sehingga mengundang gelak ketawa satu panggung.

ia bergerak perlahan hingga sekumpulan anak gadis sebelah aku sudah mula buka port jadi pengkritik 'genius' sambil memuji kekacakan lando dan kejelitaan dian. rimas. lebih lagi tiap kali lagu padi mengisi ruang cinema, mereka ikut menyanyi perlahan yg 'kuat'.

aku lebih tertarik pada lakonan rizky. debut yg meyakinkan, biar pun impaknya tidak sehebat Rangga. adegan pembukaan buat aku cemas, seolah memahami akan kesudahan hidup yg diramalkan utk Lando. Rara meninggalkan Lando begitu sahaja, saat tangisan Lando mengisi ruang, aku terdiam. Paling menyentuh, saat Lando ketawa paksa di hadapan doktor peribadinya, berbicara tentang hakikat hidup yg harus ditempuhinya.

Org kata dia kaku dan kurang ekspresi. Mungkin kena dgn wataknya yg terluka dan cuba menolak cinta.

'apa rasanya ditinggalkan dan meninggalkan org yg dicintai, saat kita amat memerlukan mereka?'

'begitu sempitnya waktu, betapa besarnya cinta'.

mencari di mana 'besarnya' cinta Kalin dan Lando dalam filem ini mengingatkan aku pada Puteri Gunung Ledang yg mana khalayak mempersoalkan dimana jiwa 'cinta agung' yg digemburkan?
filem yg cantik, tapi bergerak perlahan hingga audiens tercari-cari di mana subject, mesej dsb. pada filem tersebut.
mungkin, kerana sentiasa di sogok dgn sesuatu yg mudah?

Popular Posts