bermula kembali

salam kembali
hampir 2 bulan lamanya aku meninggal journal ini dan hari ini aku terpanggil untuk menjenguknya kembali. sambil meneliti setiap satu coretan yg lepas dan layout baru blogger, aku berkira-kira untuk menulis kembali dan menimbangkira untuk menggunakan bahasa melayu pula kali ini. mungkin tidak sepenuhnya kerana keinginan ku untuk menulis dalam bahasa inggeris masih menebal dan penguasaanku juga masih lemah. hey..practices make perfect...bukan begitu?
masuk hari ini sudah hampir 2 minggu aku menjadi penganggur terhormat di rumah org tua ku in. internet, makan dan membaca menjadi rutin. bukan tidak mahu keluar mencari sesuatu di luar sana untuk dilakukan, tetapi aku menetapkan diri ini untuk bergerak setelah segala berkaitan dgn penajaku selesai yakni melapor diri dan paling penting kerja. Jumaat ini kami sekeluarga akan berangkat ke Kuala Lumpur kerana ayah perlu menghadiri penganugerahan khidmat lama dan aku pula perlu melapor diri. Kesempatan berkunjung ke sana mungkin kami akan gunakan untuk melawat saudara-mara dan membeli-belah, yalah..sekarang ni musim karnival membeli belah. Jika berkesempatan, mahu aku luangkan masa untuk menonton wayang dan bertemu dengan sahabat-sahabat ku disana.
berbalik kepada apa yg berlaku dalam tempoh 2 bulan aku menghilangkan diri, memang terlalu banyak yg ingin aku coretkan, memandangkan situasi disekeliling ku tidak begitu berminat untuk mendengar perkongsian ini. akan aku ceritakan dalam masa terdekat dan buat masa ini aku senaraikannya terlebih dahulu.
1. Summer Work
2. Scotland Trip
3. North Italy Trip
4. Graduation Day
5. Paris Trip
6. Kembali ke Malaysia ...
salam ...

Popular Posts