Pencarian

blogger berubah wajah kembali. lebih berwarna-warni nampaknya. lantas mengundang persoalan apakah rutin untuk bertukar-tukar layout setiap minggu? atau blogger masih dalam beta version?
baru sahaja aku menerima mesej dari fairuz yg langsung menyatakan kesibukan nya juga dalam menghadapi tahun akhir pengajian. tersenyum aku membaca kisahnya berkenaan siri perbahasan yg disertainya. sedikit sebanyak menyentuh kotak pemikiran dan rasa hati aku betapa dulu aku mempunyai impian untuk bergelar pendebat universiti.
aku juga menerima testimonial baru hari ini untuk profile friendster aku. kali ini dari maria, junior dan rakan pendebat aku sewaktu disekolah dahulu. seperti fairuz, dia bercerita tentang bahas. perkiraan asalku untuk membalas testimonial itu kembali, namun aku agak kekeringan idea untuk bercerita tentang dia. aku tangguhkan dahulu kerna blog ini perlu diupdatekan dengan apa yg telah aku janjikan.
selepas exam aku berkira-kira sendiri untuk mengisi masaku sebelum ketibaan kedua ibubapaku dengan pelbagai perancangan. yg pertama timbul ialah mencari vacation work untuk mengisi poket ku dan jua masa lapangku. pencarian tertumpu pada kerja-kerja memetik buah terutama strawberry memandangkan aku belum pernah mencubanya. seorang teman memberitahuku betapa lebih elok aku mencari kerja yg lain kerana kerja memetik buah ini tarafnya umpama buruh indonesia di Malaysia, apatah lagi gaji yg diterima ala kadar dan perlu membayar penginapan sendiri. terkedu aku dibuatnya, tetapi aku optimis ia tidak sepatutnya seteruk itu dan aku punyai prinsip dalam hal ini iaitu mencari pengalaman kerja di negeri org. dan aku ingin merasai kehidupan di kawasan pedalaman di situ.
meneliti satu-persatu web site berkaitan kerja ini di internet, aku memohon kerja di beberapa buah ladang buah. seorg turut berminat dan meminta aku memohon untuk dirinya sekali.
kami menerima 3 tawaran kerja di 3 ladang buah. satu di boston, satu di kent dan satu di cambridgeshire. betapa seronoknya aku saat itu dan semangat untuk mencuba begitu berkobar-kobar. namun kerana mengikutkan schedule sahabat yg berminat itu, kami terpaksa menolak tawaran tersebut dan akhirnya berksesudahan tanpa kerja. aku turut mencuba memohon jawatan cleaner di beberapa tempat memandangkan aku punyai pengalaman dalam hal ini dan yakin permohonan aku akan diterima. tetapi terlalu banyak kerenah dan akhirnya menawarkan hati aku untuk terus mencari kerja.
setelah nekad untuk tidak terus mencari kerja, aku mula memperbetulkan apa yg perlu pada komputer ku memandangkan aku akan menjualkannnya pada seorang postgraduate student di sana. salam ...

Popular Posts